topbella

Jumaat, 8 Januari 2010

Sifat2 wanita yang lelaki perlu tahu.....




1. Kecantikan seorang wanita ialahterletak sejauh
mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara
kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang
yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan
berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari
kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian
kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak
permasalahan sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi
setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga
harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri
anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda
sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang
kehilangan kesempatan
menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari
dunia ini hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya, ia
menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu
pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti
apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal
seluruh jawaban dan sesudah
kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana
hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita
bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki
dalam menangis dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia
menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan
menangis apabila ia
menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang
wanita jika ia
tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam
mencintai dan membenci, dan
tidak mengenal pertengahannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

About Me

Foto saya
jangan pandangku sebelah mata....